Monday, January 11, 2010

Mesyuarat Agong Tahunan PKMI 09/10






Persatuan Kebauadayaan Mahasiswa India (PKMI) telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan yang ke-11 pada hari Sabtu bersamaan dengan tarikh 22/8/2009 di Dewan Rahman Talib dari jam 1.00 tgh hari hingga 3.00ptg. Turut hadir dalam mesyurat itu adalah Penasihat PKMI Prof.Madya Dr.N.S.Rajendran. Mesyuarat ini dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh ucapan aluan dari Yang Dipertua PKMI Sesi 2007/2008 Saudara Balaganesh G.P.Ponniah. Beliau merakamkan setinggi penhargaan dan termia kasih kepada komitmen serta aktiviti-aktiviti yang berjaya dijalankan oleh jawatankuasa sidang 2008/2009. Mesyuarat diteruskan dengan Ucapan Wakil Etnik India Saudara Punethan Subramaniam. Dalam ucapan beliau merakamkan tahniah kepada barisan kepimpinan Jawatankuasa PKMI yang banyak membuat penambah baikan dan ia seharusnya diteruskan oleh Jawatankuasa baru yang bakal dipilih. Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Ke-11 disempurnakn oleh Penasihat PKMI Yang Berbahagia Prof.Madya.Dr. N.S.Rajendran, yang menginginkan mahasiswa sekalian bersatu dan melaksanakan semua program yang dirancang. Beliau mengucapkan tahniah kepada barisan Jawatankuasa PKMI Sesi 2007/2008 yang berjaya melaksanakan tanggunjawabnya dengan berjaya dan ia harus dijadikan garis panduan kepada Barisan Jawatankuasa baru dengan melaksanakan pelbagai idea yang baru. Selepas itu adalah pembentangan laporan aktiviti tahunan oleh Saudari Thamarai (Setiausah Agong) dan di ikuiti laporan kewangan tahunan yang dibentang oleh Saudara Yogendran (Bendahari). Jawatankuasa PKMI Sesi 2008/2009 dibubarkan dengan rasminya dan diterusakan dengan penyampain Sijil Penghargaan kepada semua Jawatankuasa dan Rakan Rexco. Mesyuarat di teruskan dengan pemilihan Jawatankuasa PKMI bagi Sidang 2009/2010 yang dikendalikan oleh Saudara Maradapu Somu Naidu