Tuesday, January 12, 2010

APPRECIATION & DEEPARAYA NIGHT 2009






Malam Apresiasi dan Deeparaya adalah untuk menyambut semua mahasiswa dan mahasiswi semester ke-7. Malam Apresiasi dan Deeparaya diadakan pada 23 Oktober 2009 di Dewan Rahman Talib Upsi, Tanjong Malim jam 7.30 petang. Program ini telah diuahakan oleh Biro Kesenian dan Kebudayaan di bawah Pengarah Saudara Tamal Selvan. Matlamat utama program ini adalah untuk menyambut serta memberi penghargaan kepada kesemua senior daripada semester ke-7. Tetamu kehormat yang turut hadir bagi merasmikan dan memberikan ucapan penghargaan kepada kesemua senior adalah Prof. Dr Nagendralingan Ratna Vadivelu dan Prof. Madya NS. Rajendran. Aktiviti yang diadakan semuanya bagi mengeratkan silaturahim antara senior semester ke-7. Salah satu slot yang diadakan adalah slot ‘ Kawan Karib ’. Slot ini dibuat khas untuk senior bagi menguji pengetahuan mereka mengenai rakan atau kawan karib mereka. Makanan juga disediakan bagi semua pelajar yang hadir. Sesi ini mereka dapat bersama-sama mengetahui antara satu sama lain dan menukar hadiah yang dibawa. Pemberian ’ Photo Frame ’ adalah sebagai penghargaan kepada semua senior dan kenangan diri masing-masing. Keistemewaan program ini adalah mengeratkan perhubungan antara satu sama lain sekaligus menghargai jasa dan sumbangan setiap senior terhadap PKMI. Majlis bersurai pada pukul 11.00 malam.