Hari Suai Kenal bagi pelajar-pelajar Semester 1 sesi 2009/2010 telah diadakan pada 19/07/2009 di Dewan Rahman Talib UPSI, Tanjong Malim jam 4.00ptg. Program ini dikendalikan oleh Mahasiswa Semester 3 sesi 2009/2010 dengan kerjasama Biro Penerbetian dan Informasi. Semua pelajar senior dan junior berbangsa India telah menyertai program ini. Objektif utama program ini adalah untuk menyemai semangat bersatu padu dan keprihatinan kepada mahasiswa baru.Selain daripada itu dapat merapatkan silaturahim antara pihak pensyarah,wakil Majlis Perwakilan Pelajar(MPP), mahasiswa India lama dan baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Seterusnya dapat menyediakan mahasiswa baru ke arah persiapan diri untuk menghadapi situasi yang baru.