Tuesday, January 12, 2010

KALVI UBAYAM






Program Kalvi Ubayam sesi 1/2009 telah diadakan di Kuil Sri Thandayuthapani Tanjong Malim pada 10 Oktober 2009. Seramai 100 orang mahasiswa India telah menghadiri program ini. Tujuan program ini adalah untuk mendapat restu dan berkat Dewa Sri Muruga sebelum mahasiswa menduduki peperiksaan akhir semester malah untuk memberi semangat dan keyakinan kepada mahasiswa/i. Kalvi Ubayam bermula pada jam 6 petang dengan ketibaan para pelajar dan upacara sembahyang (pooja) telah bermula pada pukul 7.00 petang. Selepas upacara sembahyang, majlis ini diserikan dengan ucapan agaman yang diberikan oleh Dasath Swami. Beliau memberi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang cara sembahyang yang betul dan teratur. Majlis mencapai kemuncaknya apabila para tetamu dan pelajar dihidangkan dengan jamuan makanan (Prasadham) pada jam 9.30 malam. Pada pukul 10.30 malam program telah tamat dengan jayanya. Nescaya program ini telah mencapai matlamatnya dalam menyedarkan para pelajar akan kepentingan agama dalam kehidupan seharian mereka malah meberikan semangat kepada mereka sebelum melangkah ke alam peperiksaan.