Tuesday, January 12, 2010

JANANAM 2009







A Breakthrough yang mengangkat tema ‘Bridging Dreams With Reality’ telah pun dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)dengan Kerjasama Persatuan Kebudayaan Mahasiswa India pada 25 Julai 2009 7.pm di Panggung Budaya, UPSI. Acara ini merupakan kemuncak bagi program yang akan membawa persembahan – persembahan kebudayaan yang terbaik serta mengenengahkan ciri – ciri dan keunikan budaya India selama 5 hari. Dua C : ‘Culture’ dan ‘Charity’ merupakan motif utama mendasari program ini. Selain meraikan warna – warni kebudayaan India, program ini pada dasarnya berhasrat untuk mengumpul dana bagi membantu pelajar – pelajar sekolah Tamil yang memerlukan bantuan di sekitar Tanjong Malim, Perak. Acara ini dapat mencerminkan keunikkan kebudayaan India melalui pakaian, lagu, tarian dan persembahan – persembahan istimewa daripada mahasiswa mahasiswi UPSI bersama artis – artis undangan tempatan seperti Dravida Ravanaz, B Square, Viswa Mitra ft. Rumethis, Lock Up, Astana Creations, Nfusion F dan lain – lain. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagai Prof.Dato.Dr Aminah Ayob, Naib Canselor, UPSI. Progarm ini mendapat sambutan yang mengalakan daripada pelajar UM,UKM,UPM dan UTHM dimana turut serta sebagai penonton dalam program ini. THR Road Crews pun turut hadir pada petang tersebut bagi memeriahkan suasana.