Tuesday, December 2, 2008

Hari Suai Kenal PKMI











Hari Suai Kenal bagi pelajr-pelajar Semester 1 sesi 2008/2009 telah diadakan pada 2/08/2008 di Dewan Kuil Sri Thandayuthapani, Tanjong Malim jam 1.00ptg. Semua pelajar senior dan junior berbangsa India telah menyertai program ini. Matlamat utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar senior dan junior bagi menjalinkan hubungan yang mesra sesama mereka. Dengan ini hubungan silaturahim anatara ahli akan terjalin. Disamping itu ini membuka peluang kepada pelajar baru mengenali sejarah serta segala perkembangan aktiviti Persatuan Kebudayaan Mahasiswa India sejak ia mula ditubuhkan. Melaului ini ahli baru dapat mempersediakan diri dan minda mereka dalam melibatkan diri dalam segala aktiviti yang bakal dijalanakan sepanjang tahun nanti. Tetamu kehormat yang turut serta daalm program ini ialah En.Kumar (Ahli Peniaga dan Pemilik Yasna Sales). Sebagai pengisian pelbagai aktiviti dalam kumpulan yang melibatkan ahli senior dan junior telah dijalankan. Aktiviti ini telah menarik minat ahli baru dengan lebih baik sekali.