
Kalvi Ubayam merupakan salah satu agenda tahunan PKMI yang diadakan di bawah Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah. Sebelum ini Kalvi Ubayam lebih dikenali sebagai sembahyang hajat. Ubayam pada kali ini agak berbeza dengan tahun sebelum ini kerana bermotifkan Ubayam yang melibatkan semua pelajar India. Kalvi Ubayam pada kali ini diadakan di Kuil Sri Thandayuthapani Tanjung Malim apad 12/10/2008. Tujuan Kalvi Ubayam ini adalah untuk mendapatkan restu Dewa sebelum peperiksaan akhir Semester. Pada pagi tersebut semua ahli PKMI berkumpul di kuil bagi membersihkan Kuil dan menolong untuk memotong sayur sayuran serta memasak. Pada petang dalam pukul 5 semua ahli datang dengan pakaian tradisional bagi upecara abisegam. Selepas itu diteruskan dengan upecara menyanyi lagu Thevaram dan Bajanai. Pada pukul 7pm upecara poojai telah dimulakan. Turut serta dalam majlis itu adalah Dr. Suppiyah. Kalvi Ubayam menjadi lebih bermakn dengan kehadiran penceramah agama Pn.Nirmala Dharmalingam dari Persatuan Thirumurai yang membuat para hadiran lebih tertarik dengan input-input yang diberikannya. Majlis di akhiri dengan jamuan makan malam.