Tuesday, November 18, 2008

Mesyuarat Agong Tahunan PKMI































Persatuan Kebauadayaan Mahasiswa India (PKMI) telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan yang ke-10 pada hari Jumaat bersamaan dengan tarikh 1/8/2008 di Dewan Perpustakaan Lama dari jam 12.00 tgh hari hingga 3.00ptg. Turut hadir dalam mesyurat ini ialah Penaung PKMI Prof.Dr.Nagendralingan dan Penasihat PKMI Prof.Madya Dr.N.S.Rajendran. Mesyuarat ini dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh ucapan aluan dari Yang Dipertua PKMI Sesi 2007/2008 Saudara Marudapu Somunaidu. Beliau telah menyatakan perasaan dan komitmen serta aktiviti-aktiviti yang berjaya dijalankan oleh jawatankuasa sidang 2007/2008. Mesyuarat diteruskan dengan Ucapan Penasihat PKMI, yang menginginkan mahasiswa sekalian bersatu dan melaksanakan segala aktiviti yang akan terus dijalankan dalam PKMI pada masa-masa akan datang. Kemuncak Mesyuarat ialah Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia Prof. Dr.Nagendralingan beliau mengucapkan tahniah kepada barisan Jawatankuasa PKMI Sesi 2007/2008 yang berjaya melaksanakan tanggunjawabnya dengan berjaya dan ia harus dijadikan garis panduan kepada Barisan Jawatankuasa baru yang bakal menduduki takta pada akhir nanti dengan menlaksanakan pelbagai idea yang baru. Selepas itu adalah pembentangan laporan aktiviti tahunan oleh Sauradi Suja (Setiausah Agong) dan di ikuiti laporan kewangan tahunan yang dibentang oleh Saudari Sivagami (Bendahari). Jawatankuasa PKMI Sesi 2007/2008 dibubarkan dengan rasminya dan diterusakan dengan penyampain Sijil Penghargaan kepada semua Jawatankuasa dan Rakan Rexco. Mesyuarat di teruskan dengan pemilihan Jawatankuasa PKMI bagi Sidang 2008/2009 yang dikendalikan oleh Saudara Pream Kumar.