Rythm Corner merupakan gerai jualan PKMI sempena Pesta Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sempena Pesta Konvokesyen ke-10 sidang kedua yang berlangsung pada 15-18 Ogos 2008, Biro Ekonomi dan Keusahawanan Persatuan Kebudayaan Mahasiswa India telah berjaya membuka gerai jualan untuk menjana tabung PKMI. Program ini merupakan aktiviti tahunan PKMI untuk menggiatkan ahli PKMI menceburi dalam bidang perniagaan. Selain itu, gerai ini juga menjadi salah satu pusat pertemuan bagi mahasiswa/i yang akan bergraduat dalam sesi tersebut. Antara jualan yang diadakan adalah jualan muruku, penanda buku dan melukis inai. Rythm Corner mendapat sambutan yang baik daripada para pengunjung berlapisan masyarakat. Sebagai pengisian Kelab Perpaduan turut mengadakan persembahan dari pelbagai etnik dalam mengisi ruang Pesta Konvo yang berlansung sepanjang hari. PKMI tutut melibatkan diri dalam persembahan dengan menghantar 2 orang wakil untuk persembahan dan pengacara Persatuan Kebudayaan Mahasiswa India merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini. Turut berlangsung pada masa tersebut ialah Istiadat Konvo yang melibatkan hampir 40 orang mahasiswa India. Saudara Baskar Raman yang merupakan Mantan MPP Wakil Etnik India & YDP PKMI Sesi 2006/2007 turut bergraduat pada Sidang Konvo ini. Persatuan Kebudayaan Mahasiswa mengucapkan tahniah kepada semua mereka yang berjaya menamatkan pengajian mereka. Semoga mereka menjadi seorang tenaga pendidik yang berjasa kepada masyarakat dan negara.