Tuesday, December 2, 2008

Debat Bahasa Tamil Piala Dato Seri Samy Vellu
















Debat Bahasa Tamil Piala Dato Seri Samy Vellu telah dijalankan Universiti Utara Malaysia pada 7 & 8 Ogos 2008. Pihak UUM telah menjemput PKMI untuk menghantar wakil bagi menyertai pertandingan yang berlangsung selama 2 hari. Oleh itu, pihak PKMI telah menghantar sebnayak dua pasukan yang mempunyai 4 orang pendebat dalam setiap kumplan. Pasukan Pertama di Ketuai oleh Saudara Kartigeyan dan ahlinya Kesavan, Daissy, Balaganseh. Pasukan Kedua di Ketuai oleh Saudara Somu Naidu dan ahlinya Chantra, Kohila, Puvaneswary. Turut hadir sebagai pegiring Saudara Pream Kumar (MPP) serta Rebecca. Pasukan UPSi mendapat sokongan ynag kuat dari para penonton kerana hujah-hujah yang disampaikan cukup mantap sekali. Turut hadir dalam Majlis Perasmian ialah Dato Dr Subramaniam Menteri Sumber Manusia. Bagi majlis penyampaian hadiah turut hadir ialah Dato Seri Samy Vellu serta merasmikan majlis Penutupan Debat Bahasa Tamil. Pasukan Kedua yang diketuai oleh Saudara Somunaidu telah mendapat temapt ke-3 dengan Wang Tunai RM 400 dan Pasukan Pertama yang diketuai oleh Kartigeyan mendapat tempat yang ke-6. Tempat Pertama dan Kedua jatuh kepada Pasukan dari UUM dan UMT. PKMI berasa amat bangga atas kejayaan ini kerana walaupun ini merupakan kali pertama UPSI mewakili ke debat namun ia menyahut cabaran dan dapat membuat yang terbaik sekali. Tahniah di ucapkan kepada Pasukan yang BERJAYA!!!