Wednesday, December 31, 2008
Kalvi Ubayam
Tuesday, December 2, 2008
Future Challenge
Program Futere Challenge telah diadakan dari 19 hingga 21 September di SRJK Tan Sri Dato Manikavasagam. Program selama tiga hari ini bertujuan untuk memberi motivasi khususnya kepada pelajar lepasan UPSR supaya melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Semua ahli PKMI telah menyertai dan memberi komitmen dalam progarm ini. Progaram ini telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Dato K.R.A. Naidu. Banyak LDK telah dijalanakan dan semua peserta telah mengambil anataranya ialah Menara Gading, Sole Searching, Sejarah Kedatangan, Cita-cita Ke Universiti dan lain-lain lagi. Pada hari terakhir pihak Media dari Akbar Makkal Osai dan Tamil Nesan membuat liputan. Majlis penutupan di sempurnakan oleh Dr. Suppiyah (Pensyarah UPSI). Beliua merakamkan jutaan tahniah kepada barisan pelaksana program ayng di Pengarahkan oleh Saudara Puniraja serta ahli jawatankuasanya yang berjaya melaksanakan yang terbaik sekali selaras dengan matlamat dan objektifnya. Hampir 90 orang pelajar lepasan UPSR dari SRJK telah menyertai program ini. Turut dilaksanakn dalam progarm ini adalah Adik Angkat atau Mento Menti yang melibatkan ahli PKMI dan peserta program. Di akhir majlis tersebut semua peserta disampaikan sijil penyertaan. Jawatankuasa pelaksana merakamkan ribuan terima kasih buat semua penaja yang memberi sokongan bagi kejayaan program ini.
Debat Bahasa Tamil Piala Dato Seri Samy Vellu
Debat Bahasa Tamil Piala Dato Seri Samy Vellu telah dijalankan Universiti Utara Malaysia pada 7 & 8 Ogos 2008. Pihak UUM telah menjemput PKMI untuk menghantar wakil bagi menyertai pertandingan yang berlangsung selama 2 hari. Oleh itu, pihak PKMI telah menghantar sebnayak dua pasukan yang mempunyai 4 orang pendebat dalam setiap kumplan. Pasukan Pertama di Ketuai oleh Saudara Kartigeyan dan ahlinya Kesavan, Daissy, Balaganseh. Pasukan Kedua di Ketuai oleh Saudara Somu Naidu dan ahlinya Chantra, Kohila, Puvaneswary. Turut hadir sebagai pegiring Saudara Pream Kumar (MPP) serta Rebecca. Pasukan UPSi mendapat sokongan ynag kuat dari para penonton kerana hujah-hujah yang disampaikan cukup mantap sekali. Turut hadir dalam Majlis Perasmian ialah Dato Dr Subramaniam Menteri Sumber Manusia. Bagi majlis penyampaian hadiah turut hadir ialah Dato Seri Samy Vellu serta merasmikan majlis Penutupan Debat Bahasa Tamil. Pasukan Kedua yang diketuai oleh Saudara Somunaidu telah mendapat temapt ke-3 dengan Wang Tunai RM 400 dan Pasukan Pertama yang diketuai oleh Kartigeyan mendapat tempat yang ke-6. Tempat Pertama dan Kedua jatuh kepada Pasukan dari UUM dan UMT. PKMI berasa amat bangga atas kejayaan ini kerana walaupun ini merupakan kali pertama UPSI mewakili ke debat namun ia menyahut cabaran dan dapat membuat yang terbaik sekali. Tahniah di ucapkan kepada Pasukan yang BERJAYA!!!
Rythm Corner PKMI dan KONVO 2008
Rythm Corner merupakan gerai jualan PKMI sempena Pesta Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sempena Pesta Konvokesyen ke-10 sidang kedua yang berlangsung pada 15-18 Ogos 2008, Biro Ekonomi dan Keusahawanan Persatuan Kebudayaan Mahasiswa India telah berjaya membuka gerai jualan untuk menjana tabung PKMI. Program ini merupakan aktiviti tahunan PKMI untuk menggiatkan ahli PKMI menceburi dalam bidang perniagaan. Selain itu, gerai ini juga menjadi salah satu pusat pertemuan bagi mahasiswa/i yang akan bergraduat dalam sesi tersebut. Antara jualan yang diadakan adalah jualan muruku, penanda buku dan melukis inai. Rythm Corner mendapat sambutan yang baik daripada para pengunjung berlapisan masyarakat. Sebagai pengisian Kelab Perpaduan turut mengadakan persembahan dari pelbagai etnik dalam mengisi ruang Pesta Konvo yang berlansung sepanjang hari. PKMI tutut melibatkan diri dalam persembahan dengan menghantar 2 orang wakil untuk persembahan dan pengacara Persatuan Kebudayaan Mahasiswa India merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini. Turut berlangsung pada masa tersebut ialah Istiadat Konvo yang melibatkan hampir 40 orang mahasiswa India. Saudara Baskar Raman yang merupakan Mantan MPP Wakil Etnik India & YDP PKMI Sesi 2006/2007 turut bergraduat pada Sidang Konvo ini. Persatuan Kebudayaan Mahasiswa mengucapkan tahniah kepada semua mereka yang berjaya menamatkan pengajian mereka. Semoga mereka menjadi seorang tenaga pendidik yang berjasa kepada masyarakat dan negara.
Hari Suai Kenal PKMI
Subscribe to:
Posts (Atom)