Thursday, October 8, 2009

HARI SUAI KENAL sesi 2009/2010






Hari Suai Kenal bagi pelajar-pelajar Semester 1 sesi 2009/2010 telah diadakan pada 19/07/2009 di Dewan Rahman Talib UPSI, Tanjong Malim jam 4.00ptg. Program ini dikendalikan oleh Mahasiswa Semester 3 sesi 2009/2010 dengan kerjasama Biro Penerbetian dan Informasi. Semua pelajar senior dan junior berbangsa India telah menyertai program ini. Objektif utama program ini adalah untuk menyemai semangat bersatu padu dan keprihatinan kepada mahasiswa baru.Selain daripada itu dapat merapatkan silaturahim antara pihak pensyarah,wakil Majlis Perwakilan Pelajar(MPP), mahasiswa India lama dan baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Seterusnya dapat menyediakan mahasiswa baru ke arah persiapan diri untuk menghadapi situasi yang baru. Disamping itu ini membuka peluang kepada pelajar baru mengenali sejarah serta segala perkembangan aktiviti Persatuan Kebudayaan Mahasiswa India sejak ia mula ditubuhkan. Melaului ini ahli baru dapat mempersediakan diri dan minda mereka dalam melibatkan diri dalam segala aktiviti yang bakal dijalanakan sepanjang tahun nanti. Tetamu kehormat yang turut serta dalam program ini ialah Dr. Suppiyah Nachiaapan (Pensyarah). Sebagai pengisian pelbagai aktiviti dalam kumpulan yang melibatkan ahli senior dan junior telah dijalankan. Aktiviti ini telah menarik minat ahli baru dengan lebih baik sekali. Slot terakhir dijalankan iaitu “Bersama Senior” di mana mahasiswa baru perlu mencari senior mereka dan duduk dengannya. Kemudian diikuti dengan permainan bersama senior masing-masing. Majlis bersurai pada pukul 10.30 malam.