
Jawatankuasa Persatuan Kebudayaan Mahasiswa India Sesi 2008/2009 telah dipilih semula melalui Mesyuarat Agong pada tanggal 1 Ogos 2008. Bermula pembentukan jawatankuasa ini pelbagai aktiviti dan program telah dilakasanakan dengan berjaya selama sidang pertama ini. Antaranya ialah "Udal Mannukku Uyir Tamilukku" mengumpul buku bahasa Tamil untuk Perpustakaan Tunku Bainun UPSI, Rytham Koner, Future Challenge, Kalvi Ubayam, Diwali Nite, Apperiacation Nite, Karuvarai 09 serta menghantar peserta bagi pelbagai jemputan luar seperti Pertandingan Debat Bahasa Tami Piala Dato Seri Samy Vellu, Kem HinduDharma, OPKIS-UKM dan lain-lain lagi. Sebagai penghargaan kepada Jawatankuasa PKMI Sesi 2008/2009 majlis Penyampaian Watikah telah diadakan pada 27 Februari 2009 di Dewan Rahman Talib, UPSI. Majlis ini disempurnakan oleh Prof.Dr. Nagendralingan Ratna Vadivelu, Prof. Madya N.S. Rajendran serta diiringi oleh barisan pensyarah Indai UPSI. Turut dilantik Saudara Maradupu Somu Naidu mantan Yang Dipertua PKMI Sesi 2007/2008 selaku Ex-Officio PKMI bagi Sesi 2008/2009 sebagai penghargaan kepada jasa beliau.