Tuesday, March 3, 2009
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH JAWATANKUASA PKMI
Monday, March 2, 2009
KARUTHU KALAM 2009
SIDANG BERSAMA PENSYARAH INDIA SESI 2008/2009 DAN PELANCARAN BLOG PKMI.
Pada 27 Februari 2009 bersamaan hari Jumaat Karuthuk Kalam 2009 telah berjaya diadakan di Dewan Rahman Talib, UPSI. Sidang ini dianjurkan oleh Biro Sukan dan Rekreasi, PKMi Sesi 2008/2009 yang merupakan salah satu aktiviti tahunan PKMI dapat dilaksanakan buat kali Ke-2. Sidang ini dirasmikan oleh Penaung PKMI merangkap Pengarah Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti, UPSI, Yang Berbahagia Prof. Dr. Nagendralingan Ratna Vadivelu. Turut hadir bersama pada sidang itu adalah Penasihat PKMI, Prof. Madya Dr. N.S. Rajendran dan barisan pensyarah India, UPSI iaitu Dr. Suppiyah, Dr. Shanmugam, En. Seva Bala Sundram dan En. Nadarajan. Sidang ini dimeriahkan dengan kehadiran seramai 97 mahasiswa/i India UPSI. Sidang ini diadakan bertujuan untuk mengupas isi atau masalah yang di hadapi oleh mahasiswa/i India sepanjang sesi pengajian di UPSI, disamping memberi input tambahan berkenaan penerusan pengajian ke tahap yang lebih tinggi lagi selepas menamatkan Ijazah mereka dan menaikkan taraf dan kualiti aktiviti PKMI. Para mahasiswa/i juga diberi peluang untuk mengemukan pandangan atau kemusykilan yang timbul dalam kalangan mereka. Kemuncak sidang ini ialah apabila Biro Penerbitan dan Informasi berjaya membentuk satu Web Blog khas untuk PKMI dan dilancarkan pada majlis penutupan sidang ini. Perasmian ini disempurnakan oleh Prof. Dr. Nagendralingan Ratna Vadivelu dan Prof.Madya. Dr.N.S Rajendran. Blog ini berperanan untuk memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dibawah Persatuan Kebudayaan Mahasiswa India disamping memberi info-info tambahan kepada mahasiswa India.
Subscribe to:
Posts (Atom)