Saturday, July 4, 2009

KALVI UBAYAM 2009











Program Kalvi Ubayam sesi 1/2009 telah diadakan di Kuil Sri Thandayuthapani Tanjong Malim pada 10 April 2009. Seramai 120 orang mahasiswa India telah menghadiri program ini. Tujuan program ini adalah untuk mendapat restu dan berkat Dewa Sri Thandayuthapani sebelum mahasiswa menduduki peperiksaan akhir semester. Peserta-peserta program Khidmat Negara yang menjalani Latihan Khidmat Negara di sekitar kawasan Tanjong Malim turut serta dalam Upacara penuh keagamaan Kalvi Ubayam ini. Kalvi Ubayam bermula pada jam 6 petang dan majlis diakhiri dengan jamuan makanan (Prasadham) pafda jam 9 malam. Keistimewaan Kalvi Ubayam kali ini ada penebitan sebuah Buku merangkumi semua Mantram yang penting bagi segala Dewa dalam penganutan HINDU telah diterbitkan. Semua mahasiswa dan peserta PLKN memperolehi buku tersebut selepas dibuat upecara pemujaan dihadapan Dewa Murugan. Om Saravana Bhava. 'Inbemeh Sulga Yehlorum Valga'



VINNAI NOKKI 2009






















































KALVI PAYANAM 2009











'Kalvi Payanam 09' merupakan sebuah program anjuran Biro Akademik & Kerjaya, PKMI. Program ini direka untuk memberi pendedahkan kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM tentang peluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas mereka menamatkan zaman persekolahan. Program ini lebih dikenali sebagai "Smart Steps Towards Higher Education". Program ini dilaksanakan pada 14 & 15 Mac 2009, bertempat di Dewan Kuil Sri Thandayuthabani, Tanjong Malim dan Dewan SJK(T) Kuala Kubu Bharu. Program selama dua hari ini, telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar sekitar Tanjong Malim dan KKB. Turut menjayakan program ini dengan adanya slot karnival kerjaya C3G (Centre for Career Counselling & Guidance) oleh pihak EWRF dari ibu pejabat Kuala Lumpur. Para pelajar diberi taklimat bagaimana hendak memilih kursus yang sesuai dengan minat dan keputusan SPM @ STPM mereka. Disamping itu mereka juga telah mengikuti slot kaunseling bersama En. Saravanan (Kaunselor Kerjaya, EWRF), sesi bersama pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Slim River dan slot bersama mahasiswa/i UPSI. Pihak jawatankuasa ingin merakamkan ribuan terima kasih pada semua pihak yang telah memberi sokongan dan sumbangan bagi menjayakan program ini. Tidak terlupa juga kepada penyumbang utama program ini iaitu Dato' Dr. M. Puraviappan, Director of Arunamari Specialist Centre.

Future Challenge Follow Up