Wednesday, February 25, 2009



Penasihat
Prof.Dr.Nagendralingan


Penasihat
Prof.Madya.Dr.N.S.Rajendran





























KARUVARAI ‘09







Biro Akedemik dan Kerjaya PKMI telah menjaya buat kali pertamanya menganjurkan program sekolah angkat ‘KARUVARAI 09’yang dirasmikan pada 23 Januari 2009. Moto bagi program ini adalah ‘VITTIDTA MANNIRKU URAMAVOM’. Program ini dirancang atas permintaan Penasihat Persatuan Kebudayaan Mahasiswa India dan Guru Besar SJK(T) Ladang Escot. Turut hadir pada majlis perasmian En.Pasupathy, Presiden EWRF Malaysia dan Penasihat PKMI Prof.Dr.Nagendralingan dan Prof.Madya Dr.N.S. Rajendran. Program ini adalah anjuran PKMI dengan kerjasama EWRF Tanjong Malim. Program ini merupakan salah satu wahana bagi PKMI dalam berbakti kepada masyarakat India di sekitar Tanjung Malim terutamanya kepada murid-murid sekolah rendah. Antara pengisian program ini ialah ceramah motivasi, kelas tambahan bahasa inggeris (setiap minggu), ceramah teknik belajar, bengkel UPSR, sesi bersama PIBG, melawat rumah murid darjah enam, gotong royong dan melukis ‘mural’. Melalui program ini diharap prestasi akademik murid-murid serta keadaan persekitaran sekolah dapat dipertingkatkan. Konsep yang ditekankan dalam model program ini dapat membantu murid-murid sekolah rendah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian akademik SJK(T) Ladang Escot. Tambahan pula, program ini adalah sebagai satu langkah persediaan awal bagi meneruskan pelajaran mereka ke peringkat menengah.

MHDM & PKMI IN HINDUDHARMA COURSE





















HINDUDHARMA RELIGIOUS COURSE BASIC 1, 2 & INTERMEDIATE

MALAYSIA HINDHUDHARMA MAMANDRAM telah menganjurkan “Hindudharma Religious Course Basic 1, 2 & Intermediate” di Sri Subramania Swami Temple Hall, Batu Caves pada 19 Dec hingga 23 Dec 2008. Profesor Madya Dr. N.S. Rejendran Nagappan yang merupakan Presiden bagi Malaysia Hindhudharma Mamandram (MHDM), I meminta mahasiswa India untuk memberi sumbangan sebagai fasilitator. Ia dapat dijayakan lagi dengan penyertaan 6 orang pelajar daripada UPSI sebagai fasilitator. Mereka ialah Saudara Somunaidu, Balaganesh, Punniyaraja, Kesavan, Saudari Kalaivani dan Barathi. Program ini dirasmikan oleh YB Dato SK Devamany, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Manakala untuk Perasmian Penutupan pula dirasmikan oleh YB Dato Dr. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia. Program ini disertai oleh lebih 200 orang pelajar dari seluruh Malaysia. Objektif program ini adalah untuk mendalami lagi ajaran agama hindhu. Antara pengisian program ini ialah, sejarah agama hindhu, ceramah agama, penjelasan tentang adat istiadat agama hindhu, cerita dewa-dewi, cara-cara melakukan pooja, aktiviti yoga, nyanyian ‘thevaram’ dan nyanyian ‘bhajanai’. Program 5 hari 4 malam ini, diyakini membawa perubahan yang mendalam dalam kalangan peserta.

APPRECIATION NITE & DIWALI DINNER










Malam Apresiasi dan Majlis Makan Malam Sempena Diwali dibawah anjuran Biro Keseniaan dan Kebudayaan berjaya telah diadakan pada 19 oktober 2008 di Dewan Sri Tanjung, UPSI. Program ini adalah bertujuan untuk meraihkan jasa baik mahasiswa/i senior semester tujuh yang akan meninggalkan UPSI. Malam apresiasi ini dirasmikan oleh En. Subramaniam, Pegawai Perhubungan Awam UPSI. Turut hadir bersama ialah En. Nadarajen, beliau merupakan bekas pelajar UPSI (1997) dan kini sedang mengikuti ijazah kedoktoran di UPSI. Pelbagai persembahan telah diadakan oleh ahli-ahli PKMI bagi memeriahkan lagi majlis ini. Antaranya persembahannya ialah tarian kumpulan (classical & moden), nyanyian, persembahan ‘pullanggulal’ (seruling), penyampaian ‘kavithai‘ oleh mahasiswa/i senior dan sebagainya. Salah satu aktiviti yang paling menarik ialah pemilihan ‘KING and Queen’ malam apresiasi. Turut menjadi pengisian dalam majlis ini apabila satu kutipan derma bagi Rumah Kebajikan dilaksanakan dengan membuat jualan tiket bagi cabutan bertuah. Kutipan derma ini akan disampaikan kepada Rumah Kebajikan yang bakal dijalankan oleh Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan.